| dc.description.abstract |
Laporan ini telah meninjau tentang aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran di kuliah. Laporan ini bermula dengan memberikan definisi tentang konsep pembelajaran serta perbandingannya dan menerangkan salah satu konsep daripada kaedah pembelajaran iaitu simulasi dan membuat perbandingan antara konsep-konsep simulasi, Dalam pada itu, para pelajar perlu meningkatkan daya kreativiti dalam menghasilkan satu perisian yang bermutu dengan menggunakan teknologi multimedia supaya kaedah teknologi yang digunakan dapat diimplementasi kepada sesebuah perisian bagi meningkat mutu sesuatu perisian, Justeru itu satu Pakej Pembelajaran Tatasusunan Secara Simulasi telah dihasilkan khusus untuk para pelajar di institusi pengajian tinggi, Ciri-ciri pakej yang menarik amat sesuai dengan konsep pembelajaran simulasi yang akan dibangunkan untuk menjadikan perisian ini mencapai objektif secara keseluruhan. |
en_US |