| dc.description.abstract |
Sistem mini market dibangunkan bertujuan untuk memudahkan pengurusan sesebuah
mini market. Terdapat beberapa objektif penghasilan sistem ini. Objektif utama sistem ini
adalah untuk mengadakan satu sistem yang teratur bagi memastikan pengurusan sesebuah
mini market menjadi lebih cekap. Selain daripada itu, sistem ini akan memudahkan
pengguna mengetahui analisis mengenai stok barangan mereka. Sistem ini mempunyai
beberapa skop iaitu modul keselamatan, modul stok, modul jualan, modul pembekal dan
modul baki stok. Sistem ini dijangka akan dapat memenuhi kehendak pengguna sasaran
iaitu pengusaha mini market. Sistem ini mengguna kaedah pendekatan pembangunan
yang bersistematik iaitu kitar hayat pembangunan sistem. Sistem ini akan dibangunkan
menggunakan Microsoft Visual Basic 6.0 dan menggunakan pangkalan data Microsoft
Access 2000. Tesis ini merangkumi pengenalan, sorotan kesusteraan, spesifikasi
sistem,rekabentuk sistem,implementasi sistem dan perbincangan. Tesis ini juga
menyediakan beberapa gambarajah yang terlibat di dalam proses pembangunan sistem |
en_US |