Abstract:
Kajian kualitatif ini bertujuan melihat pengalaman kaunseling dalam kalangan pelajar
ponteng. Pengalaman kaunseling pelajar ponteng membolehkan pengkaji
mengetahui kesan sebenar kaunseling kepada pelajar yang pernah terlibat dengan
ponteng. Seramai 10 orang yang terdiri daripada pelajar ponteng terlibat dalam
kajian ini. Peserta kajian ini juga adalah terdiri daripada pelajar yang sedang
menjalani sesi kaunseling secara berterusan. Kaedah yang digunakan bagi
pemilihan peserta kajian dalam populasi adalah kaedah persampelan bertujuan
(purposive sampling). Data dikumpulkan melalui siri temu bual bersama peserta
kajian, pemerhatian tidak turut serta, dan juga penulisan diari. Sebelum pengkaji
mengambil data sebenar temu bual awal terlebih dahulu dilakukan untuk melihat
kesesuaian soalan kajian berdasarkan objektif kajian.