Abstract:
Hasil cukai merupakan punca utama pendapatan sesebuah negara. Terdapat banyak
faktor yang menyumbang kepada peningkatan atau penurunan hasil cukai. Di
antaranya ialah pembangunan kewangan, pertumbuhan ekonomi dan beban hutang.
Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk melihat hubungan dan hala tuju di
antara pembangunan kewangan, pertumbuhan ekonomi dan beban hutang terhadap
hasil cukai.