DSpace Repository

Penilaian kesan parasit ke atas insang udang harimau (Penaeus monodon) melalui kaedah mikroskopik

Show simple item record

dc.contributor.author Faizah Ismail
dc.date.accessioned 2017-05-31T07:19:33Z
dc.date.available 2017-05-31T07:19:33Z
dc.date.issued 2003
dc.identifier.uri http://hdl.handle.net/123456789/6084
dc.description.abstract Kajian ini telah dijalankan untuk melihat kesan patologi yang telah dilakukan oleh parasit terhadap tisu insang Udang Harimau (Penaeus monodon) dan mengkaji kesan mutu air dan perkaitannya dengan kesan jangkitan pa.rasit yang menyerang insang udang. Daripada pemerhatian yang dijalankan melalui kaedah mikroskopik mendapati jangkitan parasit menyebabkan hiperplasia kepada tisu insang udang dan menyebabkan sel mengalami degenerasi. Selain itu kandungan pepejal terampai yang tinggi menyebabkan kehadiran parasit Epistylis sp. melekat pada insang udang. Kandungan ammonia yang tinggi juga boleh menyebabkan berlakunya kesan patologi terhadap insang udang. Didapati kesan patologi yang paling banyak terjadi adalah degenerasi diikuti hiperplasia, hipertrofi dan seterusnya nekrosis. Daripada pemerhatian terhadap mutu air, Kl mempunyai kandungan ammonia yang tinggi pada minggu 1 (0.04ppm) dan minggu 3 (0.05ppm) tetapi K2 hanya pada minggu 2 (0.07ppm). Saliniti pula adalah rendah berbanding saliniti yang diperlukan untuk pentemakan udang. Parasit yang didapati adalah Epistylis sp., Zoothamnium sp. dan Vorticella. Virus MBV dijumpai dalam hepatopankreas sesetengah udang. Secara kesimpulannya udang tidak mengalami kesan patologi yang yang teruk. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Terengganu: Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia en_US
dc.subject Faizah Ismail en_US
dc.subject LP 11 FASM 3 2003 en_US
dc.title Penilaian kesan parasit ke atas insang udang harimau (Penaeus monodon) melalui kaedah mikroskopik en_US
dc.type Working Paper en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Advanced Search

Browse

My Account