Abstract:
Kajian mengenai kepekatan logam berat telah dijalankan di persekitaran sungai dan muara sungai Chukai, Kemaman Terengganu. Penentuan kepekatan logam berat yang dijalankan melibatkan logam partikulat. Aktiviti penyempelan telah dilakukan pada bulan Julai dan Oktober 2002. Secara keseluruhannya, kepekatan logam berat sama ada terlarut mahu pun partikulat masih lagi berada pada tahap yang rendah atau hampir sama dengan beberapa kawasan lain di dunia.