DSpace Repository

Kajian ke atas parasit yang terdapat pada ikan neon tetra

Show simple item record

dc.contributor.author Ahmad Rusdan Ahmad Zohdi
dc.date.accessioned 2017-06-01T02:20:53Z
dc.date.available 2017-06-01T02:20:53Z
dc.date.issued 2003
dc.identifier.uri http://hdl.handle.net/123456789/6131
dc.description.abstract Ikan Neon Tetra, Hyphessobrycon innesi (Myers) yang diperolehi daripada sebuah syarikat ikan hiasan telah digunakan untuk mengkaji jenis-jenis parasit yang menyerangnya. Kajian telah dijalankan ke atas endoparasit dan ektoparasit yang didapati pada tiga saiz ikan yang berbeza iaitu S, M dan L. Sebanyak dua spesies parasit telah dikenalpasti. Kedua-dua parasit yang ditemui adalah daripada kumpulan protozoa iaitu lchthyophthirius multifiliis Fouquet dan Pleistophora hyphessobryconis Schaperclaus. Prevalen jangkitan I. multiftliis pada ikan Neon Tetra ialah 46.67% dengan min keamatan 15.05. I. multiftliis merupakan parasit yang paling biasa menyerang ikan Neon Tetra iaitu pada bahagian badan, sirip dan insang ikan. Prevalen jangkitan P. hyphessobryconis pula ialah 10.00% dengan min keamatan 23.78. Parasit ini menyerang pada bahagian otot ikan. Daripada tiga saiz ikan yang berbeza, ikan bersaiz S adalah paling banyak dijangkiti penyakit dengan jumlah ikan yang dijangkiti sebanyak 60%. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Terengganu: Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia en_US
dc.subject Ahmad Rusdan Ahmad Zohdi en_US
dc.subject LP 4 FASM 3 2003 en_US
dc.title Kajian ke atas parasit yang terdapat pada ikan neon tetra en_US
dc.type Working Paper en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Advanced Search

Browse

My Account