Abstract:
Kultur in vitro pokok teratai, Nelumbo nucifera telah berjaya dihasilkan dari embrio
dengan dikulturkan di atas media MS (Murashige and Skoog, 1962), media B5 (Gamborg
et al., 1968) dan media AS yang ditambahkan dengan sitokinin (BAP, KIN, 2-ip) dan
kombinasi auksin (IBA, NAA) pada kepekatan yang berlainan. Kultur pada media AS
yang ditambah dengan 1.0 mg/I KIN memberikan pertumbuhan yang lebih baik daripada
kultur di dalam media MS atau B5 samada ditambah BAP atau KIN. Kesan kepekatan
media MS, B5 dan AS yang mengandungi BAP atau KIN ke atas pertumbuhan N.
nucifera juga ditentukan.