Abstract:
Pendedahan latihan industri selama 12 minggu yang dijalankan di ILPKT telah memberi pelbagai faedah kepada penulis. Melalui latihan industri, penulis telah didedahkan kepada persekitaran pekerjaan dan pengalaman serta keyakinan yang berguna untuk diadaptasikan suatu masa kelak. Latihan industri yang dijalankan turut mendedahkan kelebihan dan kelemahan yang dialami oleh institut. Masalah seperti faktor peratusan pelajar, kelayakan pengajar, kemudahan peralatan, tiada pengkhususan kerja dan proses pengambilan pekerja diharap dapat diatasi oleh pihak institut dengan beberapa cadangan yang releven untuk memastikan ILPKT terus maju ke depan.