Abstract:
Sistem Maklumat Pelajar Sekolah Menengah Berasaskan Web merupakan sistem yang dibangunkan untuk mengurus data-data yang berkaitan dengan pelajar. Melalui maklumat pelajar, pengurusan maklumat-maklumat lain yang berkaitan dengan pelajar seperti penyusunan kelas, disiplin, keputusan peperiksaan, kedatangan pelajar dan butiran persekolahan dapat diproses dengan lebih cekap dan sistematik untuk mengeluarkan output yang dikehendaki.