| dc.description.abstract |
Kewajipan pelaksanaan Latihan lndustri untuk setiap pelajar di pusatpusat
pengajian tinggi merupakan satu aspek yang penting yang mampu
memberi banyak pengalaman dan pengajaran kepada pelatih-pelatih di
sepanjang tempoh latihan dijalankan. Sehubungan itu, pelatih sedikit
sebanyak dapat membiasakan diri dengan realiti kehidupan sebenar dalam
dunia pekerjaan. Selama tempoh 12 minggu, pelatih telah menjalani Latihan lndustri di Kontena Nasional Berhad cawangan Chemor Perak. Atas kerjasama dari
pihak syarikat, pelatih telah ditempatkan di beberapa bahagian seperti di
bahagian operasi pengangkutan, pentadbiran, pergudangan dan depot. |
en_US |