Abstract:
Latihan industri merupakan salah satu kursus wajib yang perlu diikuti
oleh pelatih. Pelatih telah menjalani latihan industri ini di salah sebuah syarikat
perkapalan iaitu Maritime Consortium Management Sdn.Bhd. Pelatih telah
menjalani latihan industri ini selama 12 minggu iaitu daripada 22 Mac hingga
12 Jun 2004. Sepanjang menjalani latihan industri tersebut, pelatih telah
ditempatkan di 3 bahagian iaitu di bahagian Krew, Teknikal dan juga Operasi.
Setiap bahagian itu, pelatih ditempatkan selama satu bulan.Maritime
Consortium Management Sdn.Bhd (MCM) merupakan anak syarikat kepada
Global Carriers Bhd yang telah ditubuhkan pada tahun 1993. MCM
merupakan pengurus kepada pemilik-pemilik kapal di mana mereka
menguruskan segala keperluan yang diperlukan oleh kapal-kapal tersebut.