Abstract:
Gagasan Carriers Sdn. Bhd merupakan sebuah syarikat perkapalan
yang diterajui oleh Kapten Johari Mohd Noh bersama rakan kongsinya iaitu
Dato' Rosli bin Ibrahim. Syarikat ini telah beroperasi selama 4 tahun dan
telah menunjukkan kemajuan yang baik di dalam industri ini. Kemajuan
syarikat ini dapat dilihat dengan penubuhan anak syarikatnya iaitu Baycorp
Ship Management Sdn. Bhd setelah setahun mula beroperasi.
Syarikat juga telah maju setapak apabila syarikat telah membeli
sebuah kapal baru iaitu kapal "tanker'' bagi menjalankan pemiagaan
syarikat. Kapal ini mula beroperasi pada Jun 2004. Kemajuan ini terhasil
kerana syarikat mempunyai pekerja yang berkebolehan dan berpengalaman
luas dalam industri perkapalan ini. Aktiviti utama syarikat ini adalah
"chartering" dan "brokering", usaha untuk mempelbagaikan perkhidmatan
dan pemiagaan tetap diteruskan. Barangan seperti Hartindo AF11 E iaitu
barangan pencegah kebakaran di dalam proses untuk mendapatkan sijil
untuk menjadi pembekal.