Abstract:
Latihan industri (LI) merupakan suatu komponen subjek yang sangat
penting dalam program pengajian di FPE. Melalui latihan industri, pelatih
dapat mempelajari dengan lebih mendalam lagi tentang teori dan pengajaran
yang dipelajari disamping mengaplikasikan teori yang dipelajari dalam kuliah
dengan realiti alam pekerjaan. Selain itu, melalui latihan industri ini, pelatih
turut didedahkan dengan alam pekerjaan dimana pelatih akan memperolehi
pengalaman dan kemahiran asas professional pekerjaan yang berkaitan
dengan program pengajian masing-masing.