Abstract:
Juara Marin Sdn Bhd (JMSB) ditubuhkan pada 7 Januari 1995 di
Kawasan Perindustrian Lumut, Kg. Acheh, Perak dan merupakan salah
sebuah anak syarikat kepada Ding Kong Ling & Sons (DKLS) Sdn Bhd yang
berdaftar di papan utama Bursa Malaysia sejak 2001. Perniagaan utama yang
dijalankan oleh syarikat ini ialah menyediakan perkhidmatan menyewa bot
tunda dan tongkang kepada mana-mana syarikat yang ingin mengangkut
kargo dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Terdapat juga perkhidmatan
lain yang disediakan seperti mambekalkan minyak, produk kuari seperti arang
batu, gypsum, batu bara, pasir dan sebagainya. Terdapat 3 Jabatan utama di
Syarikat Juara Marin Sdn Bhd iaitu jabatan pentadbiran, jabatan operasi dan
jabatan logistik. Setiap jabatan mempunyai tugas-tugasnya yang tersendiri.
Semasa menjalani latihan industri, pelatih ditempatkan di ketiga-tiga jabatan
ini mengikut minggu seperti yang dijadualkan.