Abstract:
Latihan lndustri merupakan salah satu syarat wajib yang perlu diambil
oleh mahasiswa bagi memenuhi jam kredit didalam bidang masing - masing di
samping perlu menyediakan Laporan Akhir Latihan lndustri. Pelatih akan
ditempatkan selama 12 minggu di sesebuah organisasi yang berkaitan bagi
menjafani Latihan lndustri untuk mempraktikan teori yang dipefajari semasa
kuliah. Laporan Akhir Latihan lndustri ini secara keseluruhannya dirangka hasil
daripada pengfibatan pefatih dafam syarikat mefalui pengamatan, pemerhatian,
penelitian, dan pemahaman pelatih sepanjang tempoh Latihan fndusrti
tersebut. Secara umumnya Laporan Akhir Latihan lndustri ini mengandungi
tiga bab utama iaitu Bab Satu, Bab Dua dan juga Bab Tiga. Di awal Bab Satu
Laporan Akhir Latihan lndustri ini menyentuh tentang sejarah pembukaan
Pefabuhan Putau Pinang, pengenafan kepada Penang Port Sdn. Bhd, latar
belakang syarikat, misi dan juga visi syarikat serta aktiviti - aktiviti yang
dijalankan oleh syarikat dan kemahiran yang ingin dipelajari oleh pelatih.
Manakala di dafam Bab Dua pula, dinyatakan mengenai analisa sistem kerja
yang sedia ada yang digunakan oleh syarikat bagi memastikan perjalanan
kerja dapat dilakukan dengan sistematik dan teratur.