Abstract:
Latihan Industri merupakan salah satu langkah dalam memastikan pelajar
ataupun graduan universiti mendapat pendedahan dalam menghadapi alam perniagaan
mahupun alam pekerjaan. KUSTEM telah pun mengambil satu langkah dalam
memastikan setiap pelajar mendapat pendedahan dalam alam pekerjaan. Semasa pelatih
menjalankan Latihan Industri di Maritime Consortium Management (MCM) Sdn Bhd,
pelatih telah ditempatkan pada tiga bahagian utama syarikat berkenaan. Bahagian
berkenaan adalah bahagian teknikal, bahagian operaqsi dan bahagian pengambilan krew
kapal. Bahagian ini merupakan bahagiaan yang berfungsi sebagai nadi utama syarikat.
Semasa di bahagian teknikal pelatih telah mendapat pendedahan mengenai bahagianbahagian
kapal dan cara bahagian ini menjalankan tugas mereka. Bahagian operasi pula
pelatih telah mendapat pendedahan mengenai bagaimana bahagian ini mencari dan
mendapatkan penyewa kapal. Sepanjang pelatih di bahagian pengambilan krew pula
pelatih telah mendapat pengetahuan mengenai cara pengambilan krew kapal dan juga
cara bagaimana bahagian ini berfungsi sebelum kapal-kapal di bawah MCM bergerak.
Secara keseluruhan pelatih mendapati Latihan Industri ini mampu memberi satu peluang
kepada bakal graduan di KUSTEM untuk menempah nama bagi mendapatkan pekerjaan
selepas bergraduat khususnya kepada pelajar sarjana muda pengurusan maritim di
KUSTEM. Oleh itu, semoga Latihan Industri ini mampu bertahan dan juga mampu
mendapat lebih industri maritim dalam menjayakan latihan ini.