Abstract:
Sistem ini bertajuk Pakej Pembelajaran Matematik Menggunakan Kaedah Mokhdar. Pakej yang telah dibangunkan ini adalah untuk membantu pelajar sekolah rendah tahap 1 iaitu dari darjah 1 hingga darjah 3. Pakej ini digunakan oleh pelajar-pelajar tersebut untuk mempelajari matapelajaran matematik secara mudah. Pakej ini merangkumi tiga bahagian utama iaitu Sebutan Asas Mokhdar, Sifir Mokhdar dan juga Latihan.