| dc.description.abstract |
E.A Technique (M) Sdn Bhd (EAT) ditubuhkan pada Mei 1993. Beroperasi
di lokasi Wisma Prima Peninsula, Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur. Selain
Kuala Lumpur, EAT juga mempunyai sebuah syarikat cawangan yang beroperasi
di Gelang Patah, Johor. Disamping itu, EAT juga memiliki pegangan saham ke
atas 5 buah syarikat yang menjalankan kegiatan yang berkait rapat antara satu
sama lain. 5 buah syarikat yang dimaksudkan ialah Berkat Global Sdn Bhd, E.A
Bunkering, Eagle Oil, Mutual Partners, dan PM Maintenance. Aktiviti asas EAT
meliputi penyewaan kapal, khidmat rundingcara, penghantaran kargo,
"Bunkering", "surveyor" dan membekalkan minyak untuk kapal (Supply of Fuel).
Ahli Lembaga Pengarah EAT diterajui oleh barisan individu profesional yang
mempunyai pengalaman dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan sektor
maritim, kejuruteraan marin dan juga perniagaan. |
en_US |