Abstract:
Sistem tempahan video secara on-line dibangunkan bemrntlamat untuk memberi kemudahan dan perkhidmatan yang lebih efektif kepada pelanggan dalam penempahan video. Penempahan video secara on-line ini adalah untuk sesebuah bandar sahaja. Sistem berkomputer ini dibangunkan bagi memudahkan tugas pihak kedai sewa video yang sebelum ini menjalankan segala aktiviti atau urusan yang berkenaan secara manual. Pihak kedai sewa video tidak lagi perlu mengambil masa yang panjang untuk merekod dan mencari maklumat pelanggan.