Abstract:
Proses pendidikan pada masa kini sedang mengalami evolusinya yang tersendiri. Faktor utama yang dilihat sebagai pencetus evolusi ini ialah dengan penemuan pelbagai teknologi canggih khususnya teknologi maklumat atau IT. Negara kita telah menerima baik bidang IT sebagai salah satu bidang keutamaan dalam pendidikan. Pembukaan projek Koridor Raya Multimedia atau MSC telah menjadi pemangkin kepada pertumbuhan industri IT negara. Program Sekolah Bestari yang merupakan salah satu aplikasi perdana dalam MSC adalah salah satu usaha pihak kerajaan untuk menerapkan pembelajaran formal IT di peringkat sekolah.