Abstract:
Tekstur merupakan salah satu daripada ciri-ciri penting penglihatan manusia dalam membezakan pelbagai permukaan dan objek. Selain itu, tekstur juga penting dalam penggunaan aplikasi seperti penderia jauh, pengesan kualiti produk, pengecaman corak dan lain-lain. Namun, kaedah perolehan imej tekstur berasaskan teks tidak dapat memberi keputusan perolehan yang baik. Kaedah perolehan imej berasaskan kandungan dapat mengatasi masalah tersebut dengan antaramuka yang lebih mesra pengguna dan perolehan berasaskan contoh imej. Tujuan projek ini adalah untuk membangun suatu kaedah klasifikasi imej tekstur dengan menggunakan teknik
matriks co-occurrence paras kelabu (GLCM) dan rangkaian neural.