Abstract:
Sistem Penilaian Pensyarah merupakan sistem berkomputer yang dibangunkan untuk tujuan penilaian terhadap pensyarah memandangkan sebelum ini ianya dilakukan secara manual. Sistem ini akan dibangunkan menggunakan perisian Personal Oracle 7, Oracle Developer 6.0 dan SQL Plus 8.0. Matlamat utama sistem ini adalah untuk mengumpul dan merekod data, mengira markah penilaian dan mencetak laporan di mana hasil keputusan dapat dirujuk oleh pensyarah supaya mereka dapat meningkatkan lagi prestasi pengajaran.