| dc.description.abstract |
Penentuan kadar pembajaan nitrogen ke atas pertumbuhan nanas (varieti Josapine) di tanah bris menggunakan Urea (46%N) telah dijalankan di rumah teduhan, KUSTEM. Lima rawatan baja urea iaitu 0,200,400,600, 1000 kg N/ha dikaji selama enam bulan menggunakan CRD atau Complete Randomized Design dengan tiga replikasi untuk setiap rawatan. Kajian ini menunjukkan rawatan nitrogen yang sesuai untuk pertumbuhan dan pengeluaran hasil pokok nanas varieti Josapine ialah 600 kg N/ha. Keputusan menunjukkan kesan yang signifikan ke atas parameter pertumbuhan nanas iaitu panjang daun-0 dan peningkatan peratus kandungan nitrogen dalam daun-0. |
en_US |