Abstract:
Telekom Malaysia Berhad merupakan sebuah syarikat telekomunikasi yang terbesar di rantau ini yang mana ia dikenali sebagai sebuah syarikat yang memperkenalkan produk dan perkhidmatan yang berteknologi tinggi yang manadapat memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan. Semasa menjalani latihan industri, pelatih telah ditempatkan di Unit Perniagaan Utama Terengganu (MBS). Di unit ini ia lebih mengfokuskan kepada aktiviti jualan dan promosi
kepada pelanggan-pelanggan perniagaan. Justeru selama tiga bulan menjalani latihan industri di unit tersebut, pelatih telah didedahkan dengan aktiviti pengurusan dan pelatih telah mempelajari cara berkomunikasi dengan pelanggan engan cara yang professional. Latihan praktikal juga telah mendedahkan pelatih dengan dunia pekerjaan yang sebenar dan meningkatkan pengetahuan tentang bidang pemasaran.