Abstract:
Aktiviti utama AJFG ialah sebagai Perunding lnsurans Hayat dan Perunding
lnsurans Am. Pendekatan utama yang perlu dipelajari dan difahami oleh pelatih
dalam latihan industri tersebut ialah pendekatan penjualan produk. Pendekatan
penjualan merangkumi sistem penjualan asas bagi insurans hayat dari awal
hingga ke akhir penyerahan polisi dan bahan-bahan bantuan pemasaran atau
statistik yang perlu ada bagi menyakinkan prospek dan memastikan setiap
jualan yang dibuat membuahkan hasil yang lumayan. Pelatih juga perlu
membuat aktiviti luar iaitu mencari dan menemui 1 O orang prospek dalam masa
satu minggu.