Abstract:
Laporan ini ditulis dengan objektif untuk mengetahui permasalahan yang
berlaku di tempat latihan industri, mempelajari atau memperolehi pengalaman
sebelum menempuh alam pekerjaan sebenar dan untuk mengaplikasikan apa
yang telah dipelajari secara teori di dalam bilik kuliah untuk diaplikasikan ke
dalam organisasi. la juga bertujuan untuk memberi beberapa cadangan untuk
mengatasi beberapa permasalahan yang wujud di tempat latihan industri.
Laporan ini juga diharapkan menjadi panduan kepada Felcra Berhad Seberang
Perak untuk membangunkan atau memantapkan lagi organisasi dalam
menyelesaikan masalah-masalah yang wujud.