Abstract:
Pengukuran kandungan logam berat seperti Cu, Mn, Pb dan Zn di dalam
sedimen telah dijalankan di perairan Pantai Pahang (Laut China Selatan).
Kandungan kepekatan logam dinilai dan dikaji juga perkaitannya dengan saiz
partikel sedimen dan kandungan karbon organik.