Abstract:
Aspek yang terpenting dalam rekabentuk skrin ialah dari segi pengukuran estetik
susun-atur skrin. Estetik susun-atur skrin merujuk kepada bagaimana kecantikan
rekabentuk skrin yang boleh memberi kemudahan kepada pengguna untuk
mendapatkan informasi dan menggunakan fungsi pada skrin komputer. Namun, cuma
terdapat beberapa orang sahaja yang tahu cara mengukur nilai estetik skrin, di mana
antara mereka yang ada pengetahuan dalam pengukuran estetik biasanya
menggunakan kaedah pengukuran yang kurang tepat atau tidak profesional. Skop
kajian ini adalah lebih fokus kepada objek-objek dan elemen-elemen imej dan elemen
teks dalam objek pada antaramuka multi-skrin dengan menggunakan logik kabur dan
tiga metodologi, iaitu kaedah soal selidik, kaedah pengukuran estetik GUI David dan
Fuzzy Inference System. Kajian ini mengemukakan empat belas parameter pengukuran
estetik, iaitu keseimbangan, kesamaan, simetri, turutan, kepaduan, kesatuan, nisbah,
keringkasan, densiti, kebiasaan, ekonomi, homogeniti, ritma dan susunan dan kekompleksan.