DSpace Repository

Pembangunan sistem pemantauan masa nyata berasaskan web bagi wad rawatan rapi neuro

Show simple item record

dc.contributor.author Tan Keat Seong
dc.date.accessioned 2017-09-05T03:34:29Z
dc.date.available 2017-09-05T03:34:29Z
dc.date.issued 2005
dc.identifier.uri http://hdl.handle.net/123456789/6528
dc.description.abstract Tujuan projek ini adalah secara simulasi untuk membangun satu sistem pemantauan pesakit secara atas talian dan berasaskan web bagi wad unit rawatan rapi neuro di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan. Pada masa kini, sistem pemantauan pesakit dalam wad unit rawatan rapi neuro dilakukan secara semi-automatik dan tempatan, di mana sebahagian pengukuran sahaja dilakukan secara atas talian dan pengukuran lain direkod secara manual. Oleh itu, satu sistem pemantauan masa nyata secara atas talian dan berasaskan web bagi wad unit rawatan rapi neuro sedia dibangunkan untuk memantau data fisiologi pesakit dan digunakan bagi storan serta pengurusan data tersebut dengan pemaparan data tersebut secara sistematik di skrin komputer. Sistem ini juga menyimpan rekod pesakit yang dapat dirujuk dan dimanipulasi pada bila-bila masa. Sistem ini terdiri daripada 3 komponen utama, iaitu pelayan, klien dan perkakasan pemantauan pesakit yang terletak di wad unit rawatan rapi neuro. Tambahan pula, sistem ini membolehkan pengguna memantau pesakit-pesakit secara jarak jauh daripada mana-mana komputer yang mempunyai kemudahan Internet. Dengan itu, doktor atau pakar perubatan boleh memantau pesakit mereka walaupun mereka tidak berada di dalam wad unit rawatan rapi neuro. Sistem ini juga dapat mengesan perubahan data fisiologi pesakit yang tidak diingini secara automatik dan menghantar isyarat kecemasan dengan sistem mesej pendek (sms) atau menghantar isyarat berbunyi untuk pemakluman rawatan cepat di dalam wad. Pembangunan lanjut bagi sistem ini diperlukan pada masa akan datang untuk berinteraksi dengan perkakasan pemantauan pesakit secara terus, supaya sistem ini bersedia untuk digunakan di dalam wad unit rawatan rapi neuro. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Terengganu: Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia en_US
dc.subject Tan Keat Seong en_US
dc.subject LP 32 FST 8 2005 en_US
dc.title Pembangunan sistem pemantauan masa nyata berasaskan web bagi wad rawatan rapi neuro en_US
dc.type Working Paper en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Advanced Search

Browse

My Account