Abstract:
Kajian ini adalah untuk mengkaji taburan hidrokarbon alifatik dan aromatik di
dalam sedimen Sungai Kuantan yang melibatkan Japan buah stesen dari empangan
hingga ke muara sungai ini. Penentuan spesis hidrokarbon dilakukan dengan
menggunakan peralatan GC-FID. Daripada kajian dapat diketahui julat kepekatan
hidrokarbon alifatik bagi persampelan pertama adalah di antara 0.0384 μgg-1 hingga
15.3962 μgg-1 (berat kering) manakala julat bagi persampelan kedua pula ialah antara
0.0443 μgg-1 hingga 13.4252 μgg-1 (berat kering).