Abstract:
Fokus utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui perubahan yang berlaku
terhadap kepekatan nutrien nitrogen dan klorofil-a di sepuluh stesen pensampelan di
lembangan Sungai Setiu, Terengganu. Parameter fizikal juga turut diukur secara in situ
seperti saliniti, pH_ suhu dan oksigen terlarut (DO). Hasil daripada kajian menunjukkan
bahawa kepekatan nitrit, nitrat, total nitrogen terlarut, total nitrogen partikulat dan
klorotil-a masing-masing dalam julat 0.46-4.12 ppb N, 16.99-268.68 ppb N. 67.02-
506.37 ppb N, 1.20-547.10 ppb N dan 0.017-0.441 mg/L. Berdasarkan ujian kolerasi
mcnunjukkan kolerasi yang sederhana antara klorofil-a dan taburan nutrien. Kajian 1111
juga menunjukkan bahawa taburan nutrien dipengaruhi oleh kesan antropogenik.