Abstract:
Pejabat Daerah Besut diberi peranan yang amat besar dalam merancang, mentadbir, melaksana dan mengawal pelbagai aktiviti di peringkat daerah selain menyediakan kemudahan asas seperti jalan-jalan mukim, jambatan, balai raya disamping melaksanakan projek-projek pembangunan masyarakat seperti rancangan pemulihan kampung serta merancang dan melaksanakan aktiviti sosial dan agama.