Abstract:
Untuk menjamin keselamatan barang-barang dan penumpang-penumpang yang diangkut dengan kapal, JLS mempunyai misi untuk mewujudkan persekitaran laut yang selamat melalui alat-alat bantuan pelayaran, melahirkan kelasi-kelasi dan pelaut yang berkualiti dan memastikan kapal-kapal mematuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan.