Abstract:
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) merupakan sebuah organisasi yang
ditubuhkan bagi menjalankan perkhidmatan pengangkutan kontena, simen,
Landbrige dan sebagainya. Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) diselia
oleh kerajaan di bawah Kementerian Kewangan dan Kementerian
Pengangkutan Malaysia. Walaupun dalam tempoh masa yang singkat iaitu
selama tiga bulan sahaja, sewajarnya sebagai bakal graduan, pelatih haruslah
mampu untuk mempelajari apa yang terbaik dan mengambil iktibar apa yang
dipelajari. Pelatih juga seharusnya menjadikan tauladan apa yang buruk di
tempat Latihan lndustri pelatih. Permasalahan merupakan antara rencah yang
lazim berlaku dalam setiap perniagaan, termasuklah Keretapi Tanah Melayu
Berhad (KTMB) Antara masalah yang sering dihadapi oleh syarikat berlaku
semasa menjalankan operasi seperti di sistem urusan jalan, sistem penurunan
dan pengisian kontena dan sistem Merry Go Round. Pelatih juga
mencadangkan supaya KTMB memperbaiki semua masalah yang terdapat
dalam organisasinya supaya KTMB akan lebih efektif dan berdaya saing di
peringkat global. Pelatih yakin KTMB akan berjaya menjadi syarikat
multinasional pada masa hadapan sepertimana yang disuarakan oleh semua
pihak.