Abstract:
Kajian terhadap diversiti dan taburan makrobentos telah dijalankan di kawasan terumbu karang dan rumput laut di perairan Pulau Babi Besar. Johor, Malaysia. Lapan kawasan dipilih sebagai kawasan kajian yang terdiri daripada kawasan terumbu karang (kawasan kajian 1, 2, 3 dan 4) dan kawasan terumbu karang - rumput laut (kawasan kajian 5, 6, 7 dan 8). Sebanyak 34 spesies daripada 6 Filum direkodkan. Filum Echinodermata dan
Molluska masing-masing merekodkan 11 spesies yang merupakan kumpulan dominan.