Abstract:
Sepanjang menjalani latihan lndustri di Sabasun Hyperruncit ini, 3 sistem utama
telah dikenalpasti. Sistem tersebut adalah sistem pembelian, sistem perolehan
dan sistem peletakan harga. Setiap sistem mempunyai peranan dan kepentingan
masing-masing. Bagi sistem pembelian, fungsi sistem ini adalah untuk
memastikan agar proses pembelian berjalan dengan lancar dan membolehkan
aktiviti jual-beli antara syarikat dan pembekal tidak mengalami sebarang
masalah. Manakala sistem perolehan diwujudkan untuk memastikan barangan
yang dibawa oleh pembekal sampai dalam keadaan selamat dan mencukupi.
Selain itu sistem ini akan memastikan setiap maklumat tentang barangan yang
diperolehi tidak terlepas dan akan disimpan dengan rapi untuk panduan pada
masa yang diperlukan. Untuk mendapat harga yang terbaik untuk sesuatu
barang, sistem perletakan harga diwujudkan.