Abstract:
Jabatan Kastam Diraja Malaysia wujud sebagai sebuah agensi kerajaan yang bernaung dibawah Kementerian Kewangan bagi melaksanakan fungsi utama memungut hasil melalui cukai-cukai tak langsung yang dipertanggungjawabkan disamping fungsi-fungsi mentadbir fasilitasi serta kemudahan untuk membantu sektor perdagangan dan perindustrian, seterusnya mengawal serta mencegah penyelewengan dalam usaha membendung kebocoran hasil dan juga memelihara kepentingan ekonomi, sosial dan keselamatan negara.