Abstract:
Kajian ini tertumpu kepada penentuan kandungan logam berat Cd, Pb, Zn, Mn, Ni, Cu,
Cr, dan Co dalam tisu bivalvia (Geloina sp.) dan sedimen. Kajian juga tertumpu kepada
perkaitan kandungan logam berat di antara tisu dan sedimen. Semua Jogam kecuali Cu
menunjukkan hubungan kolerasi yang signifikan dengan perkaitan antara logam berat di
dalam tisu dan sedimen. Manakala kajian perkaitan logam berat antara setiap lokasi
kajian menunjukkan hubungan lemah antara satu sama lain.