Abstract:
Kajian hirokarbon alifatik (TAH) dan hidrokarbon aromatik (PAH) yang
dilakukan di sepanjang Sungai Paka melibatkan 5 stesen yang bermula dari muara
sungai sehingga ke hulu sungai. Melalui kajian yang dilakukan, didapati min bagi
kepekatan jumlah hidrokarbon (TAH dan PAH) dalam sedimen adalah 8.6449 μg/kg
berat kering dengan ju lat di antara 1.0006 μg/kg hingga 23.6030 μg/kg berat kering.