Abstract:
Kajian terhadap taburan saiz sedimen dan perubahan profil pantai telah dilakukan
disepanjang disepanjang pantai Maras sehingga pantai Sutera Beach Resort. Aktiviti
penyampelan dijalankan dalam bulan September, November dan Disember 2005 dan
juga pada Januari 2006. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti
ciri-ciri mofologi pantai di kawasan kajian, menetukan taburan saiz sedimen dan
menkaji perubahan bentuk profil pantai semasa Monsun Barat Daya dan Monsun
Timur Laut dan menentukan arah pergerakan endapan di stesen kajian.