Abstract:
KPPK yang bermula dengan 20,000 ahli merupakan kesatuan guru yang terbesar di negara kita. KPPK memperjuangkan hak-hak kaum guru secara tegas dan adil sejajar dengan motonya ' KPPK-PELINDUNG DAN PEMBELA GURU' secara seimbas lalu, perjuangan KPPK boleh dibahagikan kepada tiga era iaitu tahun 70-an, 80-an dan 90-an.