DSpace Repository

Kestabilan terma dan pengoksidaan minyak kelapa sawit beraditif

Show simple item record

dc.contributor.author Ainul Nazrah Mohamed
dc.date.accessioned 2018-01-21T03:45:24Z
dc.date.available 2018-01-21T03:45:24Z
dc.date.issued 2007
dc.identifier.uri http://hdl.handle.net/123456789/8081
dc.description.abstract Kestabilan pengoksidaan dan terma minyak kelapa sawit untuk dijadikan sebagai bendalir hidraulik telah dikaji. Oleh itu, di dalam penyelidikan ini matlamat yang ingin dicapai ialah mengetahui nilai optimum aditif yang digunakan untuk mencapai kestabilan pengoksidaan minyak sawit. Minyak sawit dicampurkan secara berasingan dengan aditif yang berbeza peratusannya. Sampel minyak yang ditambah dengan aditif FlO dikacau menggunakan pengacau dan dipanaskan di dalam oil bath pada suhu 135 °c selama 600 jam. Kemudian, sampel dianalisis untuk kestabilan terma dengan menggunakan kaedah termogravimetri. Selain itu, sampel juga telah diuji nilai iodin dan ujian penentuan nilai keasidan. Peratus penambahan aditif yang tinggi akan meningkatkan kestabilan terma sampel minyak. PO + 3F mempunyai suhu onset yang lebih tinggi daripada PO+ 2F dan PO+ 1.5F. Manakala sampel PO+ 3F juga mempunyai nilai keasidan yang paling rendah daripada sampel yang lain sepanjang masa pemanasan berlaku. Nilai keasidannya ialah 3.5 mg KOH/g dan nilai iodin untuk setiap sampel berkurang sepanjang masa pemanasan berlaku. Penambahan aditif sebanyak 3% merupakan penambahan aditif yang optimum dalam kajian ini untuk menstabilkan kadar pengoksidaan dan terma bagi minyak sawit untuk membolehkan ia diaplikasikan sebagai bendalir hidraulik. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu en_US
dc.subject Ainul Nazrah Mohamed en_US
dc.subject LP 1 FST 1 2007 en_US
dc.title Kestabilan terma dan pengoksidaan minyak kelapa sawit beraditif en_US
dc.type Working Paper en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Advanced Search

Browse

My Account