Abstract:
latihan Industri (LI) merupakan satu kompenen subjek yang paling penting dalam pengajian bagi kursus di bawah Fakulti Pengurusan Ekonomi (FPE). Melalui Latihan Industri ini, pelatih dapat mempelajari dengan lebih mendalam lagi mengenai teori dan pengajaran yang diajar sekali gus mampu mengaplikasi teori tersebut secara realiti di alam pekerjaan. Selain itu, Latihan Industri ini juga telah mendedahkan pelatih dengan alam pekerjaan di mana pelatih memperoleh pengalaman dan kemahiran asas profesional pekerjaan yang berkaitan dengan program pengajian pelatih.