Abstract:
Para pelajar juga dapat mengetahui dan menilai kriteria kriteria tertentu yang perlu ada pada diri seseorang individu supaya dapat memajukan diri sendiri dan masyarakat persekitarannya. Keadaan ini pasti memberikan pengalaman pertama kepada pelajar khususnya yang dikatakan sebagai alam pekerjaan. Para pelajar juga dapat melihat suasana pekerjaan seperti etika, budaya dan sebagainya. Selain itu, latihan industri juga dapat memupuk keyakinan diri yang tinggi dalam diri para pelajar khususnya dalam kemahiran berkomunikasi, membuat perancangan dan keputusan selaras sebagai seorang pelajar Sarjana Muda Pengurusan Polisi Dan Sekitaran Sosial.