Abstract:
Objektif Latihan lndustri yang dijalankan adalah bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar ke alam pekerjaan sebenar, membolehkan pelajar mengaitkan teori-teori yang telah dipelajari dengan aspek-aspek praktikal atau sebaliknya dan menanam semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik sesama pekerja. Melalui latihan praktikal juga dapat menanam sifat amanah, bertanggungjawab dan berkeyakinan diri, mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan di dalam latihan dan menyediakan laporan rasmi dan lain-lain tugasan seperti yang diarahkan oleh KUSTEM.