Abstract:
Kursus ini merupakan sebahagian syarat kepada pelajar Fakulti
Pengurusan dan Ekonami sebelum bergraduat dan dianugerahkan Sarjana Muda Pengurusan (Polisi dan Sekitaran Sosial). Kursus ini diadakan oleh fakulti bertujuan untuk memberi peluang kepada pelatih belajar dan memperolehi ilmu pengetahuan sepanjang latihan tersebut. Selain itu, pelatih juga dapat menimba pengalaman dan mempelajari pelbagai aspek seperti pentadbiran dan pengurusan sesebuah organisasi sama ada di jabatan awam, swasta, badan badan berkanun dan sebagainya.