Abstract:
Bermula cuti semester antara 17 April 2006 sehingga 9 Julai 2006, para pelajar di bawah Program Sarjana Muda Pengurusan (Polisi dan Sekitaran Sosial), Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) telah menjalani Latihan lndustri yang merupakan syarat wajib untuk memenuhi jam kredit program selama 12 minggu. Objektif utama Latihan lndustri ini adalah untuk mendedahkan pelajar kepada situasi sebenar alam pekerjaan serta membolehkan para pelajar mengaplikasikan teori dan konsep yang pernah dipelajari sebelumnya.