| dc.description.abstract |
Sepanjang 12 minggu pelatih menjalani latihan industri, pelatih telah berpeluang mempelajari aspek pentadbiran dan pengurusan organisasi di JPMNJ. Pelatih cuba mengimplementasian nilai etika asas profesional pengajian program Polisi dan Sekitaran Sosial iaitu dengan menggunakan kaedah penilaian dan pemantauan pelatih telah berjaya mengesan beberapa sistem yang digunapakai di JPMNJ, mengesan beberapa masalah yang timbul daripada sistem tersebut dan seterusnya cuba mencadangkan langkah penyelesaian pada setiap sistem tersebut. Pelatih juga telah menggunakan analisis SWOT yang bertujuan untuk melihat kekuatan (Strenght), kelemahan (Weaknesses), peluang (Opportunities) dan ancaman (Threats) yang terdapat di dalam JPMNJ. |
en_US |