Abstract:
Objektif utama pelatih menjalani Latihan lndustri (LI) selama hampir 12 minggu di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) adalah untuk diberikan pendedahan berkenaan pengalaman dan kemahiran asas professional pekerjaan yang berkaitan dengan program pengajian pelatih. Selain itu, pelatih dapat mengaplikasikan teori yang dipelajari dengan realiti alam pekerjaan serta menjalinkan dan mengekalkan hubungan dengan alam professional seterusnya faham tentang nilai etika pekerjaan.